CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, September 28, 2009

Kembali ke kolej


Bergambar depan hostel Akmal. Sebenornye die frust masih tak dpt bawak kereta ke sane..Ayahnye yg risau lebih2 sangat..maklumlah sayang anak. Aku kesian jugak kt die..nk kemane2 susah..ni tengah carikan kete lain utk die..yg lebih jimat minyak.

Friday, September 25, 2009

Hari malang


Entah ape nasib si jojo hr ni..balik dr bjalan aku n suami tkjut tengok jojo bulunye telah btukar jadi hitam....mcm dayang senandung..ini mesti kes main kat longkang,sekodeng anak kucing, pas tu tglincir msk dalam longkang..x penah2 mandi, malam tu aku mandikan die..he..he..pas tu die dok mngiau..ngiau..konon nak mengadulah tu..sedih agaknye tjatuh dlm longkang...padan muke!!



Kak Midah, Abg Hamzah n anak2, cucu dan jg menantunye..



Member Akmal dtg beraye..

Bara'an dr Batu Pahat



Ni raye ketiga rmh aku kene serbu dgn ipar duai aku dr Batu Pahat. Bekejar aku blk dr Kluang ke JB..singgah pasar byk yg tutup..pening kepala aku..akhirnye jumpe jgk dgn cina jual ikan..harge jgn cite..potong leher..apa nk bt belilah jugak..Aku msk bawal sweet sour.ayam goreng,telur dadar,sup sayur n ulam2an.Seronok tgok die org mkn ramai2..licinnn..
Gambar atas, tulah kakak n adik ipar..kak lai, munah n rasyidah..





Raye kedua barulah suami aku dpt blk beraye...Lepas tu kita orang g beraya kt Batu Pahat rmh mak mertua n kakak ipar.
Adik2 ipar dh sound nk serbu rmh aku kat jb esok...

Raya ke dua


Rayr kedua rumah mak mmg kene serbu ngan anak buah..Ini sesi marhaban dr Pak cik Jasman n company..Sedare mare yg lain x smpt ambk gmbr sbb aku thg berperang kt dapur masak soto..

Sunday, September 20, 2009

Terase insaf


Sesi bermaaf2an,,terase banyak dose dgn mak..mintak ampun mak dunia akhirat..sayang mak..
Akmal lak kene cium aku lebih2 sebab nak duit raye...senyum sampai kt telinge bile dapat duit raye...ibu die jugak yang kopak...

Beraye kat rumah mama..











Ini mase beraye ka rumah kakak aku...semua anak sedare aku ade..seronok bile dh ramai2 ni..lebih2 lg bile melayan cucu sedare aku yg due orang tu, Nadin n Nadia. Terase tue lak bile die orang panggil aku nek cu...Sedare belah aku mmg tak ramai, cume berape kerat je..nak berkumpul nilah time raye...Dalam gambar ni hubby aku tak de..keje..sedih tau..




Jejaka melayu


Yang mana satu idaman kalbu??? Baju purple n coklat tu kaki dh kena rantai...yang paling kiri n baju maroon tu masih single..baik2 ngan baju maroon tu..mat jawe pekat..

Horeyyy...raye...


Ini bujang kesayangan aku dengan neneknye...

Menjelang raya




Ini kt rmh mak..masing2 gotong royong buat ape2 yang patut..aku jd mandor je...


Friday, September 18, 2009

Lepas blk je dr sekolah..aku n suami trs je g Nilai ambk Akmal.Tak sabo nk jumpe die...tiba nilai dh pkl 5.30..hujan lak tu. Pas tu trs cbt g Melaka..hjt nk buke kt sane tp x sempat sbb highway jem giler..jd kite org buke kt resting area ayer keroh ...Smpt g dataran pahlawan beli dodol..terbang rm 100..Tibe rmh dh pkl 1 pagi..penat giler.....

Monday, September 14, 2009

Dah kenyanglahhh......sodapnye makan whiskers n cucu...

Ahaaa....ini alien dr outerspace..tgok sportlights die...x delah...ini jojo.Baru lps buke posa..tu yg energy die naik ke mate..

Sunday, September 13, 2009

Suami sempat meluangkn mase blk ke BP..nak raye..kenalah hulur duit kt mak die..dayang2 kt tepi tu anak sedare die..klu npk cik mami, die org mmg melekat..suami lak jenis suke melayan..


Berbuke bersama keluarga mmg menyeronokkan...jebih2 lg kalau beramai2. Mama tak hbs2 komplen klu beli juadah rasenye x sedap. Ayil lak x hbs2 speking german..eh..eh..salah..JAWA! Yg seronok maklah..time mcm nilah rmh die rasa meriah..klu x tu sunyi je die ddk sorang2..
Aku lak kalu nk raye mmg pnt hbs..nak kemas rmh mak..rmh sndiri..tp x pe setahun sekali...

Thursday, September 10, 2009


Senang hati betul dua makhluk ni....melepak je...Sahabat sehati sejiwa...mengacau je ibu ni kan! Pantang tengok org senang..nak mengacau je..



Eee..seronokkan kalau dapat berkumpul bersama2. Sekarang wak jawa kt UKM, Am kt PGudang, Id kt Sabah, Akmal dh kt Nilai, mak kt kampung sorang2...Aku pasti raye ni bile semue dah balik..pasti riuh punye..macam2 story ade..

Wednesday, September 9, 2009





Penatnye pose..kucingpn pose jugak tau..sementare nk tunggu berbuke..baik aku tido dulu...arghhh..ngantuknyeee...

Tuesday, September 8, 2009

Bilee nak selesai.

Hari ni hari kedua budak2 pekse upsr..Esok br subject bi..lmbtnya aku rase. Budak nak pekse aku yg kecut perut..mau x leh tido mlm ni..silap hb msk dlm mimpi lg. Kalau dh selesai..aku yg horeyyy dulu...

Monday, September 7, 2009

Waaaa.......

Haa...sesi restu ilmu ke sesi nangis? Biaselah..tahn2pn, lame2 berderai jugak..

Restu Ilmu






Wajah2 murid 6 Pintar...tension nampak. Haa..esk dah pekse..pandai2lah jawab. Agak2 tak tau tembak je...apelah..ajaran salah.

Sunday, September 6, 2009

Bertemu sahabat lama



Inilah sahabat baik ku bernama Norliza Mohamad. Dia bekas guru di SKTP dan seorang ustazah..tapi rock! Lama juga dia mengajar di Perling. Kalau cikgu2 lama tentu kenal dia. Dah rezeki aku, semasa menghantar Akmal ke Nilai, aku dapat contact dia..walhal sebelum ni tak pernah nak jawab panggilan aku. Dia sekarang menetap dan mengajar di Nilai bersama suami tersayang n very understanding person. Bila dapat jumpa punyalah suka..siap peluk2 lagi..tak peduli orang keliling..pompuanlah katakan. Dapatlah nanti dia tgok2kan akmal. Kami dah janji nak jumpa lagi Hari Raya ni...yeahhhh!

Rentetan dari apa yang telah dituliskan, sebagai anak kita hendaklah sentiasa ingat agar jangan menyusah atau menyakiti hati kedua ibubapa kita. Berilah kesenangan dan kegembiraan kepada mereka, berilah bantuan walaupun sedikit.. ingatan dan kasih sayanglah yang paling menggembirakan mereka. Jika kita menghormati dan menyayangi mereka insyallah .. Tuhan akan mempermudahkan kehidupan kita..
Buat arwah bapaku Haji Rabani bin Marman..sesungguhnya ingatanku terhadap mu sentiasa segar diingatan. Doa ku sentiasa mengiringimu selagi hayatku dikandung badan. Semoga roh mu dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman..alfatihah.

Berita sedih

Pagi ni suamiku mendapat berita yang salah seorang drivernya meninggal dunia. Dia agak terkejut kerana baru malam tadi dia call suami dan meluahkan perasaannya. Arwah agak tertekan dengan masalah yang berlaku didalam keluarganya. Tekanan dari anak lelaki dan isteri yang memaksa beliau refinance semula rumah sedangkan keadaan ekonominya yang tidak stabil. Trip perjalanan kurang dan ini secara tidak langsung mengurangkan pendapatan bulanan.
Beliau sentiasa mengadu kepada suami tentang masalah anak lelakinya yang tidak mahu membantu meringankan sedikit bebanan tanggungan dengan menolong membayar ansuran kereta. Dia hanya tahu mahu meminjam tetapi tidak mahu membayar.
Beliau sebelum meninggal dikatakan telah mengambil ubat penenang..mungkin terlebih dos. Mungkin sebelum ini arwah tiada teman untuk mengadu atau menerima nasihat @ jua pandangan. Hanya disaat2 akhirnya, mungkin kerana sudah tidak tertahan dengan masalah yang dihadapi,barulah arwahnya berani untuk menceritakan segala yang terbuku dihati. Jika selama ini hanya dia sahaja yang menanggung susah,kini giliran anaknya pula...Biarlah dia tena ng dan damai di sana

Saturday, September 5, 2009

Kami bertolak ke Mantin dalam pukul 12.30. Mula2 rasa jauh tapi bila dah tau ..dekat je lebih kurang 25 minit dari kolej. Diletakan di dalam satu kawasan berpagar dan ada pengawal keselamatan. Warden juga ditempatkan disitu bg menjaga keselamatan dan kebajikan pelajar. Satu apartment ada empat bilik, setiap bilik 3 orang pelajar.
Alhamdulillah..roommate Akmal seorang dari Kedah dan seorang lagi dari Kelantan. Yang Kedah tu belajar separuh gaji..kerja di Kedah Medical Centre dan ambil course yang sama dengan Akmal. Jadi bolehlah Akmal menimba ilmu dari dia. Budak Kelantan tu sebaya Akmal..cian..sedih je muka dia..jauh dari keluarga. Yang lain2 tu nampaknya baik2 belaka..tapi kurang sikit rsa risau aku sebab budak Kedah tu kira yang paling tualah. Umur dah 30 tahun, berkahwin dan ada anak dua. Jadi bolehlah dia pantau budak2 yang lain. Almaklumlah..budak2 lelaki ni kalau dah berkumpul bukan ingat dunia..mau roboh apartment tu..
Setelah melihat keadaan bilik aku mencatat beberapa lagi keperluan yang perlu ditambah. Aku ke Giant Nilai..Berhabis juga RM350..macam nak pindah rumah. Rupanya..kalau anak nak sambung belajar..banyak jugak belanja. Kira2 RM 5000 terbang..tapi tak ape! Anak nak belajar...Setelah menghantar barang di hostel, aku dan suamipun bertolak pulang..Alamak bab ni yang sedih ni..maklumlah tak pernah berpisah lama. Naluri keibuan,,setiap ibu akan rasa begitu.
Airmata yang ku tahan aknirnya gugur juga...ayah dia control je..tapi aku tau...Akmal pulak..lepas aku cium dia, sedih jugak..maklumlah kami dari spesis yang sama..mudah sensitive..tapi dia tahan. Tak apelah..dia pergi untuk belajar. Aku sentiasa mendoakan kejayaan dirinya sebagaimana aku sentiasa mendoakan kejayaan anak2 murid ku. Aku ampuni segala dosa2nya dan ku halalkan makam minum yang ku berikan padanya. Belajarlah denga tenang dan harungilah liku2 kehidupan sebagai pelajar dengan gembira..Selamat menempuh ke satu lagi fasa kehidupan...

KPJ International College



Semalam aku dan suamiku menghantar Akmal ke Nilai bagi melanjutkan pelajarannya ke KPJIC..dalam bidang medical imaging. Gembira bercampur sedih untuk melepaskannya. Gembira kerana dia berjaya memasuki kolej tersebut manakala sedih sebab terpaksa berpisah dengannya. Naluri ibu..setiap ibu akan merasakannya. Maklumlah tak pernah berpisah.

Lain pulak dengan dirinya..gembira je..maklumlah nak melangkah ke satu lagi fasa kehidupan..sebagai penuntut kolej. Aku pulak tak sudah2 menasihati dan mengingatinya tentang cabaran2 yang bakal dihadapi sebagai sebagai penuntut IPT. Kadang2 dia macam boring je..dengar aku asyik membebel..tapi dia tau..aku mengingati sebab aku sayangkan dia.

Kami bertiga bertiga bertolak dari rumah jam 4 pagi. Singgah di Simpang Renggam untuk bersahur..on d way adalah berhenti sekejap di resting area..membuang apa2 yg patut..Tiba di Nilai parents dah mula ramai..ingat kami yang awal rupanya ada yang lagi awal. Selepas daftar ada sesi briefing untuk parents. Selesai briefing kami menuju ke hostel penginapan para pelajar. Aku sangkakan hostel dia sebelah kolej..rupanya pelajar lelaki baru ditempatkan di Mantin..lebih kurang 30 minit perjalanan dari kolej..Terkejut aku dan ibubapa yang lain. Bagi pelajar perempuan mereka ditempatkan di hostel bersebelahan kolej sahaja. Penginapan penuntut lelaki di tempatkan di apartment 4 bilik disatu kawasan yang dikhaskan bagi penuntut KPJIC sahaja. Rupa2nya itu hostel sementara kerana pada tahun hadapan hostel baru akan dibina berhampiran dengan kolej yang boleh menempatkan kira2 2000 p

Thursday, September 3, 2009

Soalan periksa

Hari ni aku beri soalan yang dijangka akan keluar masa UPSR..Tapi jgn percaya sangat..sebab kadang2 last minit soalan akan ditukar...ingat senang dia orang nak bocorkan soalan. Tapi sebagai latihan untuk budak bolehlah. Esok aku tak ada untuk kelas tambahan. Aku dah wakilkan Waheedah beberapa latihan untuk budak2.. Insyaallah mereka boleh buat.

Harapan dan impian

Hari ni mesyuarat thn 6 membentangkan keputusan ujian UPPM 4. Keseluruhannya menunjukkan peningkatan walaupn keputusan BM turun sedikit. Itu x membimbangkan kerana peratus kelulusan BM akan naik pada keputusan sebenar UPSR. Begitu juga dengan subject2 lain,biasanya keputusan mereka adalah cemerlang. Berbeza dengan subject BI, sesungguhnya peningkatan kpd 92% amatlah menakutkan aku. Apa akan jadi sekiranya BI tidak dapat mengekalkan peratus yang ada sekarang...Selalunya apabila keputusan sebenar, peratus yang diperolehi tidaklah sebaik subject2 lain. Aku tidak tahu apa yang ada dipemikiran anak2 murid ku sewaktu peperiksaan..adakah mereka ingat apa yang aku ajar...atau perasaan gementar yang akan menguasai diri mereka...sekiranya mereka gagal mengawal perasaan itu....habislaaah .....Aku rasa mcm ada lagi kekurangan pada diri aku sendiri, masih lagi tercari2 satu alternatif yang terbaik untuk disampaikan dan diberikan kepada anak2 murid ku. Walau apapun..aku kena berfikiran positif..yakin yang mereka boleh buat..yang penting setiap kali selepas sembahyang..aku sentiasa mendoakan kejayaan mereka dan ku halalkan segala ilmu yang ku berikan kepada mereka. Alamak....tangkap syahdu pulak aku ni...Aku berdoa agar target aku untuk mencapai peratus lebih dari 90% akan dimakbulkan Tuhan...insyaallah..

Wednesday, September 2, 2009


Hari pnt btl aku rase..tp still blh up date blog. Blk dari sek. trus g Amfinance Tebrau ambk cek. Pas tu g Senai Utara htr abg jmpe driver..blk semule Perling..g CIMB bank in cek..G semula ofis abg ambk brg die k puspakom. Sampai rumah dh 4.30 ..Smbhyg lps tu trs k dapur. Bujang aku nk mkn sambal sotong kembang plk..mcm org ngidam..buat kuehtiaw goreng n goreng karipap segera. Alhmdulillah...beres semuanya..

Tuesday, September 1, 2009














Ha..haaaa....inilah ragam kucing kesayangan aku..Jojo si bujang tua. Ciannn...umur dh 9 tahun tp x pernah ade awek. Mane nk ade awek..sbb ekor die kontot. Tp x pe..muke mmg handsome..kenalah dgn perangai die yg kdg2 melucukan. Dielah racun..dielah penawar mase aku d rumah...Kalau posing..tgkp maut punye..Hobi die makan..tido..











Ini mase kat Melaka..yg kiri tu mase naik Melaka Tower...tinggiiii.Belah kanan masa naik bot menyusuri Sg Melaka..Heee...org Melaka sendiripn x prnh naik bot tu...




Inilah Jojo...kesyangan aku..sorrylah...gmbr x cntk..maklumlah br bljr edit gmbr..