CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, September 3, 2009

Harapan dan impian

Hari ni mesyuarat thn 6 membentangkan keputusan ujian UPPM 4. Keseluruhannya menunjukkan peningkatan walaupn keputusan BM turun sedikit. Itu x membimbangkan kerana peratus kelulusan BM akan naik pada keputusan sebenar UPSR. Begitu juga dengan subject2 lain,biasanya keputusan mereka adalah cemerlang. Berbeza dengan subject BI, sesungguhnya peningkatan kpd 92% amatlah menakutkan aku. Apa akan jadi sekiranya BI tidak dapat mengekalkan peratus yang ada sekarang...Selalunya apabila keputusan sebenar, peratus yang diperolehi tidaklah sebaik subject2 lain. Aku tidak tahu apa yang ada dipemikiran anak2 murid ku sewaktu peperiksaan..adakah mereka ingat apa yang aku ajar...atau perasaan gementar yang akan menguasai diri mereka...sekiranya mereka gagal mengawal perasaan itu....habislaaah .....Aku rasa mcm ada lagi kekurangan pada diri aku sendiri, masih lagi tercari2 satu alternatif yang terbaik untuk disampaikan dan diberikan kepada anak2 murid ku. Walau apapun..aku kena berfikiran positif..yakin yang mereka boleh buat..yang penting setiap kali selepas sembahyang..aku sentiasa mendoakan kejayaan mereka dan ku halalkan segala ilmu yang ku berikan kepada mereka. Alamak....tangkap syahdu pulak aku ni...Aku berdoa agar target aku untuk mencapai peratus lebih dari 90% akan dimakbulkan Tuhan...insyaallah..

0 comments: