CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, September 6, 2009

Berita sedih

Pagi ni suamiku mendapat berita yang salah seorang drivernya meninggal dunia. Dia agak terkejut kerana baru malam tadi dia call suami dan meluahkan perasaannya. Arwah agak tertekan dengan masalah yang berlaku didalam keluarganya. Tekanan dari anak lelaki dan isteri yang memaksa beliau refinance semula rumah sedangkan keadaan ekonominya yang tidak stabil. Trip perjalanan kurang dan ini secara tidak langsung mengurangkan pendapatan bulanan.
Beliau sentiasa mengadu kepada suami tentang masalah anak lelakinya yang tidak mahu membantu meringankan sedikit bebanan tanggungan dengan menolong membayar ansuran kereta. Dia hanya tahu mahu meminjam tetapi tidak mahu membayar.
Beliau sebelum meninggal dikatakan telah mengambil ubat penenang..mungkin terlebih dos. Mungkin sebelum ini arwah tiada teman untuk mengadu atau menerima nasihat @ jua pandangan. Hanya disaat2 akhirnya, mungkin kerana sudah tidak tertahan dengan masalah yang dihadapi,barulah arwahnya berani untuk menceritakan segala yang terbuku dihati. Jika selama ini hanya dia sahaja yang menanggung susah,kini giliran anaknya pula...Biarlah dia tena ng dan damai di sana

0 comments: